Sunday 26 August 2012

Typical Drama Indonesia

Hi there! Tteibe aku menggedik nak update dua post dalam sehari..

Ok, aku tawu most of Malaysian suka duk tercangak depan tv dari pukui 2.00 sampai pukui 3.00 petang. Lagi satu pukui 5.30 sampai 6.30 petang. Tu tak termasuk yang duk tayang kat Astro lagi.Sebab apa? Sebab mau tengok drama Indonesia or so called Sinetron. Ngeee~ Dulu masa zaman sekolah2 dulu rajin jugak aku tengok sinetron ni. Dah boleh kata macam santapan harian. Kalau tak tengok boleh mati woo… ok, over! Stop it. Takde lah sampai bawak mati tapi boleh jugak lah mencetuskan perang saudara kami adik beradik sebab nak berebut channel. *maklum, tv ade satu je* Dan sebagai orang yang berpengalaman nonton sinetron ni, dah dapat cungkil la serba sedikit typical drama2 dari seberang. Aku rase kaki sinetron pun dah tawu ni~ ok, cekidout..

1. First of all, rasanya semua memang tawu yang sinetron ni, kalau tak cecah beratus2 episode, memang tak boleh dipanggil sinetron lah kan. Contohnya citer Bawang Putih Bawang Merah. *1st sineton yang aku tengok* Aku ni punye lah setia nak follow semua episode, last2 sekali rupanya semua tu mimpi. Oh , tahi! Kejadahnya mimpi sampai beratus2 episod. Berapa jam kau tido sampai boleh mimpi macam ni? Oh ya, lagi satu cerita Puteri Yang Ditukar. Aku geram betul dengan sinetron ni sebab asal aku balik cuti sem je, mesti tv3 still tayang cerita ni. Nasib baiklah sekarang dah tukar cerita Dia Jantung Hatiku. *pelakon hensem hensem..ahaks!*





2.Second, part tertukar anak tu komfem ada. Si heroin yang ingat dia anak orang miskin , rupanya anak orang kaya. Yang jahat pulak rupanya anak orang miskin. Kesian yang jahat tu. Anak orang miskin rupanya. Last2 aku yang konfius siapa anak siapa. ><  



3.Third, si heroin tu mesti orangnya lemah lembik, baik hati,mudah ditindas, mudah tipu. Pendek kata, segala sifat mahmudah ade kat heroin. Untunglah, aku pun nak jadi macam tu jugak. Hohoooii.. Lepas tu kalau yang jahat tu, jahat yang amat. Sanggup menindas golongan yang lemah untuk mendapatkan sesuatu. No compromise lah bak kata omputih!
Alice Norin... selalu sgt diberi watak jahat
Dan aku pulak tetibe rasa Alice Norin ni ada iras2 muka pelakon Korea, Han Ga In.. Eh, ke aku sorang je yang rasa macam tu? Haha.. Mungkin sebab muka dua2 ni jenis muka garang.. Apa2 pun Han Ga In lagi comel.. ngeee~


-Han Ga In-
4.Typically, heroin miskin, hero kaya. Pastu, bila heroin dalam kesusahan contohnya memerlukan duit yang banyak untuk pembedahan kanser, si hero tu pun bagi lah duit dia yang berlambak2 tuh. Yelah, hero kenalah tolong heroin.

5.Lagi… hmmm.. ahah! Tiap kali ada part suspens, mesti cameraman akan zoom kat muka setiap pelakon yang ada kat situ. Kalau ada sepuluh orang, sepuluh-sepuluh tu dia zoom muka. Zoom sampai boleh nampak bulu mata diorang yang melentik2 tu. Nasib baik tak zoom sekali cleaner, pekerja kaunter mahupun orang gaji yang ada. Masa zoom tu opkos lah perlu diiringi dengan bunyi suspens *jeng jeng jeng*

6.Lepas tu, kalau perasan lah kan, watak2 jahat contohnya macam mak tiri, kakak tiri ke, mesti make up tebal, plus bulu mata melentik. Yelah, nanti untuk scene nak marah2 nampak sikit mata tu.Kelas kau Jah! Bahahahaha.. *gelak mak tiri* Yang lagi tak logik nak sembahyang pun pakai make up. Adoyai! Sekarang aku perasan ada jugak drama2 melayu yang buat mcm ni.. realistic please!

7.Lagi scene yang tak boleh blah ialah bila hampir2 je rahsia nak terbongkar, mesti tak jadik. Contohnya adalah situasi yang berikut.
Si Polan A berkata kepada si Polan B.. "Sebenarnya.." Baru nak cakap sebenarnya, dah ada si Polan C yang menyibuk, takpun henpon berbunyi. Cess! Bunyi suspen je lebih.. grrr..grrrr... aku yang nonton ni sakit jiwa sebab dah tak sabar nak tengok rahsia terbongkar. Rasa nak cakar2 skrin tv..haha

so far, cerita yang aku boleh layan ialah Aqso dan Madina.. and sinetron Soleha. Sebab dalam dua2 cerita ni Marshanda bertudung, cantik. Cerita ala-ala islamik gitu.. haha.. Tapi tak sempat nak follow sampai habis disebabkan kekangan masa.


Maaf andai post ni menyinggung sesiapa.. This is just my two cents about typical sinetron. Bukannya aku tak layan langsung cerita Indon ni. Layan jugak tapi mula2 je lah sebab lama2 tu aku terkandas di tengah jalan. Tak larat nak follow sebab banyak sangat episode. Aku pun tengah study, boleh tengok tv time cuti sem je la..Tahniah kepada mereka yang berjiwa kental yang boleh follow satu2 sinetron sampai habis. :P






Dah Habis Baca?Kalau Suka,Sila Like..Thanx.. :)

2 budak kasi surat cinta:

ariff said...

apa kejadahnya ada perkataan TAHI ni ?? -,-

Norhasfiza Roosli said...

ohh.. biase lahh... pengaruh subjek parasite..lololsss~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...