Ya ALLAH, panjangkanlah usia mak dan abah, agar mereka sempat menghadiri majlis konvokesyen aku dan adik2 suatu hari nanti, insyaallah.. Panjangkanlah usia mereka agar aku dapat membalas jasa2 mereka yang telah membesarkan aku dan adik2 dari kecil hingga sekarang..Berikanlah kesihatan tubuh badan kepada mereka..
Ya ALLAH, berikanlah keterangan hati untuk aku menuntut ilmu-MU..Tanamkanlah sifat di dalam diriku untuk berkongsi segala ilmu-MU.. jauhilah diriku daripada sifat kedekut ilmu..
Ya ALLAH, semoga aku dan kawan2 dapat grad tepat pada masanya.. Jauhilah kami dari sebarang kegagalan.. Berikanlah kami kerja yang baik selepas grad nanti..
![]() |
sumber gambar : google |
Ya ALLAH, kepadaMU aku serahkan urusan jodohku.. Sesungguhnya, soal hidup, mati, rezeki dan jodoh itu adalah urusanMU..Berikan aku jodoh yang terbaik, yang dapat membimbingku ke syurgaMU..
Amin Ya Rabbal Alamin.."
0 budak kasi surat cinta:
Post a Comment